Berhenti kerja sebagai jurutera pada tahun 2015 untuk memberi fokus kepada perniagaan bakeri dianggap keputusan yang sangat tepat oleh Rafidah Abdul Rahman memandangkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ketika itu.
Ditambah dengan minat yang mendalam dalam bidang masakan, perniagaan yang diusahakan bersama suami dengan dibantu beberapa orang pekerja mula berkembang baik beberapa tahun selepas itu.
Namun siapa sangka, wabak COVID-19 yang melanda negara sehingga memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu benar-benar memberi kesan buat perniagaan Rafidah.